SMK Tun Habab Sertai Pertandingan We Think Digital

Pada 3 Disember 2022 telah berlangsung Pertandingan We Think Digital 2022. Pertandingan ini sebenarnya telah berlangsung pada tahun 2021 dan 2 buah sekolah telah mewakili negeri Johor di peringkat kebangsaan iaitu SMK Tun Habab, Kota Tinggi dan SMK Desa Cemerlang, Pasir Gudang daripada 212 buah sekolah yang sertai.

Keputusan diumumkan seperti berikut.

Saguhati :
1. SMK Tun Habab, Kota Tinggi
2. SMK Desa Cemerlang, Pasir Gudang

Pertandingan ini banyak memberi kemahiran kepada pelajar kerana sebelum bertanding, pelajar perlu menghadiri bengkel berperingkat selama 6 bulan oleh mentor yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. SMk Tun Habab menduduki tempat kedua di peringkat negeri Johor dan sejkaligus mel;ayakkan diri ke peringkat kebangsaan. Terima aksih kepada Cikgu Nurnadirah binti Taib yang telah membimbing para peserta. We Think Digital adalah Panitia Bahasa Inggeris dan Unit ICT.