Perhimpunan Rasmi Kali 1/2023
Perhimpunan rasmi kali pertama bagi tahun 2023 telah berlangsung pada 1 Januari 2023 di Dewan Seri Tun Habab. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan bacaan doa dan ucapan pengetua, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Antara intipati ucapan beliau adalah berkaitan dengan sekolah aspirasi Johor dimana SMK Tun Habab telah terpilih sebagai Sekolah Aspirasi Johor bagi daerah Kota Tinggi.
Perhimpunan diakhiri dengan lafaz ikrar dan nyanyian lagu Anak Suria.