SMK Tun Habab Terima Anugerah Emas

Pada 10-13 Mei 2023, SMK Tun Habab telah menghantar sekumpulan pelajar inovasi ke World Young Inventors Exhibition (WYIE’23) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

WYIE merupakan pertandingan inovasi terbesar dan telah disertai oleh 14 buah negara dari seluruh dunia antaranya dari Australia, USA, Arab Saudi, Qatar, Hong Kong, Taiwan, China, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Dalam WYIE kali ini, SMK Tun Habab telah memaparkan hasil inovasi yang diberi nama I-Glorious Oil Collection Centre yang bertujuan menyelesaikan isu minyak masak terpakai atau waste cooking oil dengan menggunakan Waste Cooking Oli (WCO) Reverse Vending Machine. Projek inovasi ini telah menambat hati 2 orang juri dari Malaysia dan Taiwan dan seterusnya berjaya merangkul Anugerah Emas atau Gold Award dalam kategori alam sekitar atau Enviroment bagi WYIE edisi kali ini.

Pasukan ini terdiri daripada 7 orang pelajar dan hanya 3 orang sahaja yang membuat pembentangan di hadapan juri di KLCC tempoh hari.

1. Nur Awatif Husna binti Nor Azman (5 Al Khawarizmi ) sebagai ketua pasukan

2. Raja Dania Khalisha binti Roslan (4 Al Farabi)

3. Muhammad Aidil Syahmi bin Zaidi (3 Ibnu Sina)

4. Ariana Najwa binti Azmi (5 Al Alusi)

5. Harith Irfan bin Hassan (3 Al Alusi)

6. Iszmey Sofeah binti Ibrahim (3 Al Alusi)

7. Nur Amirah binti Mohamad Sahid (3 Al Alusi)

Tahniah kepada guru pembimbing, Cikgu Mohd Nor Akmal bin Salleh dan Cikgu Yusra Zafirah binti Badrol serta para peserta. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada pelajar yang lain untuk terus berinovasi dan meminati bidang STEM.

peserta.

Kredit kepada Cikgu Akmal atas sumbangan gambar dan berita