Kerja-kerja Naik Taraf Rangkaian Komputer Sekolah
Pada 2 dan 3 Julai 2023 tel;ah dijalankan aktiviti menaiktaraf dan selenggara rangkaian kawasan setempat (LAN) di SMK Tun Habab. Projek ini dikendalikan oleh pegawai-pegawai teknikal PPD Kota Tinggi. Aktiviti naik taraf ini adalah bertujuan untuk memastikan semua kawasan sekolah boleh mencapai Internet dengan kelajuan yang tinggi.
Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) Celcom telah membekalkan Cecom Fiber kepada sekolah dengan kelajuan 300 mbps. Oleh kerana itu, beberapa perkakasan rangkaian komputer perlu dinaiktaraf supaya kelajuannya selaras dengan bekalan yang diberikan. Kabel CAT5 kepafa CAT6 juga turut dbuat di beberapa lokasi penting. Aktiviti ini akan diteruskan sepanjang bulan ini sehingga selesai.