Perhimpunan Rasmi 2 Julai 2023
Perhimpunan rasmi telah berlangsung pada 2 Julai 2023. Perhimpunan kali ini diurus oleh Badan Kepimpinan Pustakawan dan dimulakan dengan lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku. Seterusnya bacaan doa dan laporan guru bertugas. Penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta yang menyertai pelbagai pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Sijil dan hadiah disampaikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Ucapan pengetua, ikrar oleh pelajar dan nyanyian lagu Anak Suria menutup perhimpunan rasmi hari ini.
Tahniah kepada semua pemenang dan guru pembimbingnya.