Adam Haris Menang Kerusi Yang DiPertua MPPT6

Tahniah kepada saudara Adam Haris bin Mohd Masni kerana telah berjaya memenangi kerusi Yang DiPertua MPP Tingkatan 6 (MPPT6) dengan majoriti 46 undi mengatasi lawannya saudara Naril Fahraen bin Mohd Nazim. Manakala jawatan Naib Yang DiPertua MPPT6 (Putera) pula dimenangi oleh saudara Abu Dzar bin Zamri. Saudara Abu Dzar menang tanpa bertanding. Saudari Norfaraizati binti Yusoff pula menyandang jawatan Naib Yang DiPertua MPPT6 bagi kategori Puteri menewaskan saudari Chin Yi Ling dengan kelebihan 27 undi. 

Manakala bagi jawatan Setiausaha MPPT6 pula dimenangi oleh saudari Nor Dania Batrisyia binti Mohd Hisyam dengan kelebihan 13 undi mengatasi saudari Siti Nur Alisa binti Mohd Zulaili. Jawatan Bendahari pula disandang oleh saudari Siti Katijah binti Saleh yang menewaskan Nur Batrisyah Waheeda binti Ahmad Murad dengan 46 undi.

Keputusan telah diumumkan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha pada 15 November 2023 di Dewan Tun Sri Lanang. Pilihan Raya MPP Tingkatan 6 ini berlangsung pada 15 November 2023 di Makmal Perkomputeran dan selesai pada jam 8.30 pagi. Proses pengiraan undi dijalankan oleh AJK MPPT6 bagi sesi 2022/2023.

Berdasarkan kepada pengiraan undi yang telah dibuat, seramai 96 pengundi berdaftar meliputi barisan pentadbir, guru dan pelajar Tingkatan 6 SMK Tun Habab, 85 orang bersamaan 88.5% telah keluar membuang undi. Terdapat 4 kertas undi yang rosak.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan AJK Pilihan Raya yang terlibat pada kali ini

#Kredit kepada saudari Chong Yin Yin atas sumbangan gambar