SMK Tun Habab Terima Bas
Pada 1 Disember 2023, SMK Tun Habab telah menerima bas bagi kemudahan warganya. Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha yang mewakili SMK Tun Habab telah menerima serahan bas daripada PPD Kota Tinggi di Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT). Semoga dengan kemudahan ini dapat membantu warga SMK Tun Habab khasnya pelajar-pelajar ke pertandingan, kursus, bengkel dan terutamanya untuk menunaikan solat Jumaat bagi pelajar Asrama Pusat Kota Tinggi.
#Kredit kepada Cikgu Saharudin atas sumbangan gambar