Mesyuarat PIBG Kali Ke 47

Mesyuarat PIBG Kali Ke 47 telah berlangsung pada 21 Jun 2024 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan dari YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek dan pembentangan aktiviti PIBG. Pembubaran AJK PING dan lantikan baru barisan Jawatankuasa PIBG bagi sesi tahun 2024/2025.

Majlis dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada Majlis Akujanji SPM dan STPM 2024.  Turut hadir pada Majlis Akujanji SPM dan STPM ialah wakil kepada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib  (Ahli Dewan Undangan Negeri), Sesi cabutan bertuah turut diadakan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir bagi memeriahkan majlis. Akuan lafaz ikrar ini turut diabadikan pada plak ukiran kayu yang dihasilkan oleh TechnoLab SMK Tun Habab. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK yang terlibat.