SMK Tun Habab Johan Bola Sepak MSSD Kota Tinggi

Kejohanan Bola Sepak B18 MSSD Kota Tinggi telah berlangsung pada 25 hingga 27 Jun 2024. Kejohanan bola sepak sekolah-sekolah menengah ini telah diadakan di Padang Awam Jalan Johor dan Stadium Mini Taman Kota Jaya telah menyaksikan SMK Tun Habab menentang SMK Adela pada perlawanan akhir. 

Penjaga gol SMK Tun Habab, Mohamad Fariz Hakimi berjaya mempertahankan gawang dengan cemerlang apabila SMK Adela gagal meraih gol. SMK Tun Habab diisytiharkan menang 5-0 ke atas SMK Adela.

Pada sesi penyampaian hadiah, turut diumumkan beberapa anugerah :
1. Penjaga Gol Terbaik – Mohamad Fariz Hakimi Bin Dorham

2. Pertahanan Terbaik – Muhammad Afiq Ferhan Bin Jamaluddin

3. Penjaring Gol Terbanyak – Muhammad Qoiyum Nor Iman Bin Sukardi

4. Pemain Terbaik – Muhammad Syahfiq Bin Ismail

Tahniah diucapkan kepada pengurus, jurulatih dan para pemain.