SMK Tun Habab Terima Gold Medal
Pada 5 Ogos 2024, SMK Tun Habab telah menghantar dua penyertaan di International Innovation and Invention Competition (IIICe2024) yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dalam pertandingan itu, SMk Tun Habab telah menerima pingat emas untuk projek Satay Pit yang dianggotai oleh Airil bin Harrison Rizal, Airis binti Harrison Rizal, Auni Insyirah binti Noor Azil dan Nur Kaseh Eleesya binti Mohamad Noo. Manakala, projek Waste Cooking Oil (WCO) Reverse Vending Machine menerima pingat perak yang diwakili oleh Auni Khairina binti Jahairi, Amaniy binti Anwar, Nur Iris Rania binti Wahyu Hidayat, Arissa Nabila binti Azmi dan Mohamad Najmi bin Mohd Sazali.
Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbingnya.