Majlis Anugerah Kilauan Bestari 2024

Pada 1 September 2024 telah berlangsung Hari Anugerah Kilauan Bestari 2024 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan kehadiran tetamu jemputan, Tuan Haji Yahya bin Mohamed, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor diiringi dengan bunyi kompang oleh anak-anak Asrama Pusat Kota Tinggi. Diikuti dengan nyanyian lgu Bangsa Johor dan Negaraku. Bacaan lafaz ikrar oleh wakil pelajar dan bacaan doa. Persembahan Multimedia bertajuk Jurnal Gemilang SMK Tun Habab 2023 dalam aspek Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum bagi dipersembahkan oleh Ketoprak Produksi sebelum ucapan perasmi. Usai ucapan Timbalan Pengarah itu, nyanyian lagu nasyid membuka tirai persembahan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pelajar yang cenderung dalam kokurikulum, hal ehwal murid dan kurikulum. Penyampaian hadiah diselangselikan dengan persembahan koir Bahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar SMK Tun Habab.

Persembahan nyanyian lagu Hati Emas oleh produksi Matahari dan nyanyian solo bertajuk My Way turut memeriahkan majlis.

Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada panitia SPM dan STPM 2023. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan Jawatankuasa Hari Anugerah Kilauan Bestari 2024.

Senarai penerima anugerah boleh dirujuk e-buku program