Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah telah berlangsung pada 29 Ogos 2024 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis berjalan dengan lancar mengikut tentatif berikut :
7.30 pagi
- Semua pelajar dan guru berkumpul di dewan.
- Nyanyian lagu : Bangsa Johor, Negaraku dan Lagu Anak Suria
- Bacaan Doa
- Ikrar Rukun Negara
- Amanat Hari Kebangsaan oleh Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha Pengetua
- Nyanyian 3 buah lagu patriotik
- Bersurai
Usai sambutan Hari Kebangsaan, pelajar meneruskan sesi pembelajaran. Manakala pelajar tingkatan 3 dan 4 terlibat dengan pertandingan nyanyian lagu patriotik yang dianjurkan oleh panitia Sejarah.