Pemilihan Bola Tampar Tingkatan 6

Pada 10 September 2024, Unit Kokurikulum Tingkatan 6 telah mengadakan pemilihan pemain bola tampar di SJK(C) Pei Hwa, Kota Tinggi.

Sebelum sesi pemilihan, semua pelajar Semester 1 STPM 2025 dan Semester 2 STPM 2024 telah memberi sumbangan tenaga kepada SJK(C) Pei Hwa dengan menyusun dan mengemas kerusi di bilik darjah . Selepas itu pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan menerima bimbingan dari Cikgu Steven yang merupakan jurulatih pasukan bola tampar SJK(C) Pei Hwa. 

Perlawanan seterusnya akan disambung pada minggu hadapan. Perlawanan persahabatan di antara pelajar Tingkatan 6 dengan pemain SJK(C) Pei Hwa turut diadakan menyaksikan perlawanan yang menarik.