Nur Zafirah Amani Menang Pingat Gangsa

Pada 27 hingga 29 September 2024 telah diadakan Pertandingan Silat Tanding Naga Sakti Junior Malaysia Siri Ketiga Peringkat Kebangsaan di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh, Melaka.

SMK Tun Habab menghantar wakil yang terdiri daripada Nurul Zulaikha binti Kamalrudin dan Nurzafirah Amani binti Muhammad Farhan.  Nur Zafirah Amani nerjaya memperoleh pingat gangsa bagi kategori Pra Remaja Puteri Kelas 1. Tahniah kepada kedua-dua peserta dan jurulatih, Cikgu Mohd Firdaus bin Syaid.