Misi Jelajah Digital 2024
Maxis telah mengadakan program Misi Jelajah Digital 2024 di SMK Tun Habab pada 8 Oktober 2024. Sekumpulan pelajar tingkatan 3 telah diberi peluang untuk mengeksplorasi digital melalui ekelas. Pelajar boleh muat turun aplikasi ekelas melalui Play Store. Pengalaman mempelajari penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dalam pelbagai bidang dapat membantu meningkatkan prestasi akademik dan kemahiran pelajar.