Advokasi Klik Dengan Bijak
Program Advokasi Klik Dengan Bijak telah berlangsung selamat dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2024. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit ICT ini telah menjemput NADI Kota Tinggi untuk meyampaikan bimbingan melayari Internet dengan bijak dan selamat kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) atau dulu dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDI) adalah dibawah organisasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang berfungsi untuk membantu meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan rakyat, terutama masalah penipuan dalam talian serta manfaat dan bahaya media sosial.
Pada program ini, pelajar didedahkan dengan cara-cara untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa buli siber, penipuan (scammer), dan melayari Internet dengan selamat terutamanya apabila melayari media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, Tik Tok dan sebagainya.