bodrum escort

Program Jom Ke Sekolah

Program Jom Ke sekolah telah berlangsung pada 17 Februari 2025 bersempena dengan hari pertama sesi persekolahan tahun 2025. Program Jom Ke Sekolah diuruskan oleh barisan kepimpinan Majlis Perwakilan pelajar Tingkatan 6 berlangsung dengan penuh meriah dan tertib.

Program dimulakan dengan nyanyian lagi Bangsa Johor dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan lafaz ikrar Rukun Negara dan bacaan doa. Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha memberikan ucapan kata aluan kepada pelajar dan diikuti dengan ucapan perasmian Program Jom Ke sekolah, Sekolah Penyayang dan Amalan Minda Sihat oleh Encik Noor Azam bin Yusof, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Kota Tinggi. Ucapan daripada Encik Azman bin Safii, Pegawai PPd Daerah Kota Tinggi turut ditayangkan bersempena dengan sesi perseolahan 2025.

Turut hadir pada perhimpunan rasmi kali pertama ini ialah Yang DiPertua PIBG, Puan Noriasah binti Sadek dan Pegawai Perhubungan Sekolah, SM Syamzurinah binti Bachok. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Anak Suria.