bodrum escort

Kejohanan Larian Glorious Ke 22 / 2025

Selepas kemarau 15 tahun, rumah Lekir berjaya menewaskan rumah Tuah, Jebat dan Kasturi  pada Kejohanan Larian Glorious Ke-22/2025 pada 28 Februari 2025 yang lalu. Tahniah kepada semua warga Lekir terutama ketua pasukan, Cikgu Nur Afiqah binti Muhammad (sesi pagi) dan Cikgu Yusra Zafirah binti Badrol (sesi petang) bersama rakan-rakan kerana telah bertungkus lumus memastikan kemenangan rumah Lekir. 

Hadiah disampaikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha. Turut hadir pada Kejohanan Larian Glorious ialah Puan Noriasah binti Sadek, YDP PIBG SMK Tun Habab.

Semoga Kejohanan Larian Glorious ini dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan perpaduan di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.