bodrum escort

SMK Tun Habab Menang Anugerah Platinum

Pada tanggal 27 Februari 2025, SMK Tun Habab telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Platinum bagi kategori Sekolah Terbaik Keseluruhan (Sekolah Menengah) pada Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi PPD Kota Tinggi di Dewan SJKC Mawai. Kategori ini adalah kategori utama dalam pendidikan.  Turut menerima anugerah ialah :

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan dan Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Akademik

  • Cikgu Nurashikin binti Ishak
  • Cikgu Mawar Asmah Husna binti Jasimin
  • Cikgu Mohd Nor Akmal bin Salleh
  • Cikgu Nurul Armalyana binti Aziz

Anugerah lain yang turut diterima oleh SMK Tun Habab :

  1. Anugerah Terbilang Aktiviti Pembangunan Adab dan Nilai Pendidikan Islam Sekolah Menengah
  2. Anugerah Sekolah Penyumbang Calon Cemerlang
  3. Anugerah Mengekal Calon Cemerlang STPM
  4. GPS Terbaik DCS Sekolah Menengah
  5. Anugerah Kecemerlangan Kehadiran Murid
  6. Sekolah Cemerlang Pencapaian Kokurikulum Akademik Bahasa Melayu
  7. Penggunaan Aktif DELIMa
  8. Sekolah Cemerlang Pencapaian Kokurikulum Akademik Bahasa Tamil
  9. Sekolah Cemerlang Pencapaian Kokurikulum Akademik STEM
  10. Sekolah Cemerlang Pencapaian Kokurikulum Akademik Kesenian dan Kebudayaan
  11. Anugerah Pencapaian Cemerlang Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan  Dalam Tempoh Hari Tahun 2021 Sehingga 2023

Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha sebagai pengetua SMK Tun Habab telah menerima Anugerah Platinum dari Encik Abdul Hadi bin Sydee, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Makmur Pengerang. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMK Tun Habab atas kerjasama dan semangat berpasukan untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan SMK Tun Habab.