bodrum escort

Majlis Khatam Al Quran Tingkatan 6

Sempena dengan Nuzul Quran pada 18 Mac 2025, Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada hari ini di Dewan Pusat Tingkatan Enam (PTE).

Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan dihadiri oleh Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha, pengetua SMK Tun Habab. Majlis dimulakan dengan bacaan surah oleh 14 orang pelajar Tingkatan 6 yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 7 orang perempuan.

Selesai doa khatam Al Quran dibaca, majlis diteruskan dengan ucapan persaraan oleh Cikgu Harun bin Othman yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada 21 March 2025 dan Cikgu Husna bin Abd. Hadi yang menamatkan tugasnya pada 27 Mac 2025. 

Pengetua turut memberikan ucapan dan petua untuk dapat penyelesaian yang baik jika menghadapi masalah dan cabaran melalui Al Quran.

Akhir sekali, penyampaian hadiah oleh kepada Cikgu Husna binti Abd. Hadi, Cikgu Harun bin Othman dan para pelajar yang mengambil bahagian dalam Majlis Khatam Al Quran 1446H.