Majlis Junjungan Kasih Sanjungan Budi
Pada 27 Mac 2025 telah berlangsung Majlis Junjungan Kasih Sanjungan Budi bagi meraikan persaraan Cikgu Harun bin Othman (Guru Akademik Tingkatan 6 Mata Pelajaran Geografi) dan Cikgu Husna binti Abd. Hadi (PK Tingkatan 6 dan Guru Mata pelajaran ICT). Cikgu Husna binti Abd. Hadi mula bertugas di SMK Tun Habab mulai tahun 1996. Beliau pernah mengajar mata pelajaran Matematik, Matematik T dan Matematik S dan seterusnya mengajar mata pelajaran ICT mulai 1997 sehingga 2025. Beliau telah dilantik menjadi Penolong Kanan Tingkatan 6 mulai 2013 hingga 2025.
Cikgu Harun bin Othman pula mula ditugaskan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail dan kemudiannya berpindah ke SMK Tun Habab untuk mengajar mata pelajaran Geografi Tingkatan 6. Beliau pernah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum sebelum dilantik sebagai Guru Akademik Tingkatan 6.
Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Husna dan Cikgu Harun kerana telah menabur jasa sebagai pendidik di SMK Tun Habab.