Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadhan 1446H

Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadhan 1446H berlangsung pada 28 Mac 2025 di Dewan Seri Tun Habab. Program dimulakan dengan bacaan Yaasin. Seterusnya Khatam Al Quran yang diwakili oleh beberapa orang pelajar lelaki, diikuti dengan ucapan pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan tazkirah dari Ustaz Muhammad Hakimi bin Mhod Shukri, berkaitan dengan adab menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tayangan Video Hari Raya Aidilfitri oleh semua guru dan AKP SMK Tun Habab menutup tirai Ramadhan 2025 peringkat sekolah. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Tun Habab yang mengadakan pelbagai program bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadhan kali ini.