MAJLIS IZIN ILMU PT3
Majlis Izin Ilmu bagi calon-calon PT3 telah diadakan pada 8 Oktober 2017 yang dianjurkan oleh Pn. Sara bt Ithnin daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. PT3 bermula pada 9 hingga 12 Oktober 2017 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria b Abd. Jalil. Kemudian diikuti dengan penyampaian alat tulis oleh pengetua kepada pengerusi kelas. Majlis diakhiri dengan mohon restu daripada guru-guru mata pelajaran masing-masing. Semoga perjalanan PT3 berjalan dengan lancar dan calon-calon SMK Tun Habab dapat menjawab soalan dengan cemerlang dengan hati yang tenang.
#Sumber gambar daripada cikgu Hashimah