LDP : Budaya Kerja Ekstrem
Budaya Kerja Ekstrem adalah tajuk yang disampaikan oleh Encik Azhar bin Salleh yang merupakan Munsyi Dewan yang dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan Tun Sri Lanang pada 9 November 2018. Ceramah yang disampaikan oleh Encik Azhar ini memberi motivasi kepada semua warga Glorious Tun Habab untuk bekerja dengan lebih efisyen dan ekstrem untuk mencapai kejayaan yang luar biasa dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Usai ceramah budaya kerja ekstrem, kursus diteruskan dengan pengurusan kewangan peribadi. Moga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu guru-guru menguruskan kewangan dengan lebih baik dan dapat melahirkan lebih ramai lagi Guru Jutawan.