SMK Tun Habab Naib Johan CIP
Kelab Pengguna Sekolah (KPS) SMK Tun Habab mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna (CIP) peringkat negeri Johor yang berlangsung di Starhill Resort, Johor Bahru pada 14 Mac 2019. Pada pertandingan tersebut, pasukan yang diwakili oleh Arisya Natrah binti Abd. Jalil, Nazhatul Nurfarhana binti Mohd Rizal, Nurul Nadia binti Mohd Yusof dan Maria binti Adnan berjaya menewaskan 40 buah sekolah yang bertanding manakla johan dimennagi oleh SMK Dato Penggawa barat, Pontian. Tahniah kepada cikgu Suhada binti Omar dan para peserta.