Dato’ Dr Mohd Khir Kekal YDP PIBG
Mesyuarat PIBG Kali ke 42 yang telah berlangsung pada 21 Mac 2019 (Khamis) ini mengekalkan Dato’ Dr. Mohd Khir bin Abd. Samad sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2019/2020. Tahniah diucapkan kepada YDP PIBG dan jawatankuasa yang telah dipilih dan dilantik. Terima kasih juga kepada ramai ibu bapa yang hadir pada mesyuarat PIBG kali ini kerana sedia mendengar laporan, melantik ahli jawatankuasa yang baru dan mencadangkan usul yang boleh meningkatkan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum anak-anak Glorious Tun Habab. Tahniah kepada barisan PIBG yang baru.