Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit telah berlangsung di SMK Tun Habab. Program yang bermula jam 11.00 hingga 11.10 pagi berlangsung di seluruh pelusuk negeri ini adalah bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia terutamanya warga Kementerian Pendidikan Malaysia membaca dimulai dengan langkah awal dengan membaca selama 10 minit di mana-mana sahaja. Program Jom Baca ini telah diadakan pada 23 April 2019 dan mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Perpustakaan Negara. Turut bersama membaca dalam program Jom Baca ini ialah para penghuni Asrama Pusat Kota Tinggi. #DekadMembaca