Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6

Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPPT6) akan diadakan pada 1 Oktober 2020. Pilihanraya ini merupakan kali ketiga diadakan bagi memilih Jawatankuasa MPP yang baru bagi sesi tahun 2020/2021. Barisan MPPT6 2019/2020 yang diketuai oleh saudara Muhamad Nazri bin Azmi akan mengendalikan sesi pengundian berkomputer yang bakal berlangsung di Makmal Perkomputeran SMK Tun Habab. Menurutnya, barisan MPPT6 2019/2020 akan memastikan pilihanraya ini dijalankan dengan penuh integriti dan mengikut SOP yang digariskan oleh sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Leave a Reply