Misi 333 : Program Mentor Mentee STPM 2022
Program Mentor Mentee Tingkatan 6 telah berlangsung pada 12 Jun 2022 di lokasi yang telah ditetapkan. Sekumpulan guru telah dijadikan mentor kepada kumpulan pelajar mengikut PNGK yang telah disusun berdasarkan keputusan Semester 1 STPM 2022.
Program ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar dapat mencapai ETR masing-masing bagi membolehkan mereka layak untuk menyambung pelajaran di universiti pada tahun hadapan. Insya Allah.