Guru Dan Pelajar SPM Turut Menjadi Mangsa Banjir
Tanpa disangka pada 1 Mac 2023 telah berlaku banjir di beberapa buah daerah di negeri Johor termasuk daerah Kota Tinggi. Banjir berlaku apabila hujan tidak berhenti dan mencatatkan bacaan hujan yang banyak di beberapa kawasan. Ini menjadikan beberapa kawasan rendah di sekitar Kota Tinggi telah dinaiki air. Ini turut menjejaskan perjalanan peperiksaan SPM bagi calon-calon yang kediamannya terjejas banjir dan beberapa jalan ke pusat peperiksaan telah ditutup.
Namun tindakan awal telah diambil dengan menghantar bantuan pengangkutan kepada para pelajar yang terlibat dan bagi pelajar yang jauh, memreka mengambil peperiksaan SPM di pusat peperiksaan yang berhampiran dengan kediaman mereka. Beberapa orang guru juga menjadi mangsa banjir apabila kediaman mereka turut dinaiki air. Semoga guru-guru dan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa banjir tabah menghadapi ujian dan cabaran ini.