Program Solidariti Palestin
Program Solidariti Palestin SMK Tun Habab telah diadakan pada 29 Oktober 2023 di Asrama Pusat Kota Tinggi. Program ini adalah bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada Palestin dalam bentuk yang positif melalui kutipan tabung Palestin dan bacaan doa Qunut Nazilah. Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Mohd Radzi bin Ismail. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek dengan diikuti dengan takbir oleh semua pelajar.
Pelancaran Tabung Solidariti Palestin juga telah diedarkan pada hari yang sama. Pendirian warga SMK Tun Habab sangat tidak bersetuju dengan pengeboman hospital dan kediaman penduduk Palestin terutamanya kepada kanak-kanak, wanita dan warga emas.