Peperiksaan SPM 2023

Peperiksaan bertulis SPM 2023 telah bermula pada 29 Januari 2024 hingga 7 Mac 2024. Tepat jam 7.30 pagi, semua calon SPM berkumpul di kafe SMK Tun Habab dengan dihadiri oleh guru-guru dan ibu bapa. Input ringkas disampaikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tun Haji Khairuddin bin Mustapha dan Setiausaha Peperiksaan SPM, Cikgu Nadia Nurulzanna binti Abd. Hamid. Kemudian bacaan doa oleh wakil pelajar Tingkatan 5. 7.45 pagi calon SPM bergerak ke dewan peperiksaan bagi memulakan peperiksaan kertas Bahasa Melayu. Turut hadir pada waktu peperiksaan SPM kali ini ialah Encik Norwanidi bin Hassan, Penolong Pegawai Pendidikan bagi Unit Pentaksiran dan Peperiksaan, PPD Kota Tinggi.

Semoga semua calon SPM dapat menjawab soalan dengan baik dan peperiksaan berjalan lancar. 

#Sumbangan poster dari Cikgu Zeti Akhtar