Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Unit Kokurikulum 2024
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Unit Kokurikulum telah berlangsung pada 21 April 2024 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis disempurnakan oleh ASP Azri bin Ya’acob yang memegang jawatan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Daerah Kota Tinggi. Beliau berbesar hati menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengerusi Unit Kokurikulum SMk Tun Habab.