Malaysia Junior and Young Aviator Camp
Pada 17 dan 18 Mei 2024, UmiKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) telah mengadakan platform pemerkasaan STEM dan TVET menerusi teknologi dan kerjaya penerbangan serta aeroangkasa kepada generasi muda.
Antara program yang diikuti sepanjang kem berlangsung ialah Kejuruteraan Pesawat dan Helikopter, Kejuruteraan Gas Turbine Engine dan Kejuruteraan UAV / Drone. dan sesi praktikal penerbangan dron serta sesi kerjaya bersama jurutera dan juruterbang.
Peserta yang terlibat ialah Hairul Hilmi bin Hairulhazizi (3 Al Biruni), Muhammad Faireez Adam bin Faizuldin (3 Al Jauzi), Muhammad Amir Haziq bin Azmi ( 2 Al Jauzi) dan Muhammad Syahid Rayyan bin Amirul Faizal ( 2 Ibnu Khaldun)
Terima kasih kepada Cikgu Siti Khadijah binti Omar dan Cikgu Siti NurulFataheyah binti Elies kerana mengiringi pelajar sepanjang program tersebut.
#Kredit kepada Cikgu Siri NurulFataheyah atas sumbangan gambar dan berita