SMK Tun Habab Johan Regu Sepak Takraw Bawah 15 Tahun

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kota Tinggi telah berlangsung di SMk Air Tawar pada 24 Julai 2024. Regu Bawah 15 Tahun yang dianggotai oleh Nadzmi Akmal bin Ismail (2 Al Farabi),  Ramadan Suwary bin Suwarno (3 Al Farabi), Muhammad Faeq Irfan bin Nurtaufiq Hidayat (3 Al Farabi), Muhammad Aniq Fitri bin Mod Faizul (3 Ibnu Khaldun) dan Irfan Muqhridz bin Muhidzir (3 Ibnu Sina) telah berjaya menjadi johan regu menumpaskan pasukan SMk Air Tawar.

Manakala bagi kategori beregu (berpasangan) yang dianggotai oleh Muhammad Aqeel Ikhwan bin Abdullah (1 Al Jauzi), Muhammad Darwisy bin Mohd Farid (1 Ibnu Sina), Muhammad Khalis Fikri bin Khairul Anuar (2 Al Farabi), Muhammad Azrol Hiesham bin Mohd Asmalrul (3 Al Farabi) menduduki tempat ketiga. Anugerah Pemain terbaik telah diberikan kepada Muhammad Faeq Irfan bin Nurtaifiq Hidayat (3 Al Farabi).

Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing.