Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Johor

Pada 21 Ogos 2024, Siti Aisyah binti Salleh (3 Al Jauzi) mewakili daerah Kota Tinggi untuk Pertandingan Pidato Pidato Peringkat Negeri Johor di SMK Sultan Alauddin, Kulai dan berjaya merangkul tempat kedua. Manakala Mia Azzahra binti Maszaini (1 Al jauzi)  pula menyertai Pertandingan Syair di SMK Seri Pinang, Bandar Tenggara dan mendapat tempat keempat. Afiqah Izzati binti Mohammad Zaim pula mewakili sekolah bagi Pertandingan Deklamasi Sajak Tingkatan 6 di SMK Bandar Tenggara 2, Bandar Tenggara dan berjaya menewaskan semua peserta untuk bergelar johan.

Tahniah kepada semua peserta dan semua guru pembimbing panitia Bahasa Melayu SMK Tun Habab sepanjang Karnival Bahasa Melayu berlangsung..