Perasmian Majlis Kesiapsiagaan Nasional Peringkat Kebangsaan

Pada 3 Oktober 2024 telah berlangsung perasmian Majlis Kesiapsiagaan Nasional Peringkat Kebangsaan di Dewan Taman Kota Jaya.  Majlis dirasmikan oleh Timbalan perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi. Beberapa orang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Tun Habab telah dijemput untuk menghadiri pelancaran program tersebut dan menyertai beberapa aktiviti termasuk pameran. Turut hadir mengiringi Timbalan Perdana Menteri ialah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi dan YB Dato’ Seri Mohamed  Khaled bin Nordin yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.