International STEAM For Girls Competition 2024

Pada 30 September-4 Oktober 2024, sebanyak 3 orang murid SMK Tun Habab telah mewakili Malaysia ke Pertandingan STEAM For Girls 2024 yang berlangsung di Victoria South Saigon School, Ho Chi Minh, Vietnam.

Pertandingan STEAM For Girls 2024 ini melibatkan 2Pada 30 September-4 Oktober 2024, sebanyak 3 orang murid SMK Tun Habab telah mewakili Malaysia ke Pertandingan STEAM For Girls 2024 yang berlangsung di Victoria South Saigon School, Ho Chi Minh, Vietnam.

Pertandingan STEAM For Girls 2024 ini melibatkan 24 kumpulan yang bertanding dari 4 buah negara iaitu Vietnam, Thailand, Laos dan Malaysia.

Pertandingan STEAM For Girls 2024 dianjurkan oleh Vietnam National Institute Science Education, VNIES dengan kerjasama UNICEF dan Victoria School.

Tahniah kepada Adriana Fariesha Binti Sahbudin, 3 Al Alusi dan pasukannya kerana telah dinobatkan Anugerah The Most Outstanding Group sekaligus Johan Anugerah Emas Pertandingan STEAM For Girls 2024.

Sementara itu, Nurul Alya Syafiah Binti Mohd Hazari dari kelas 3 Al farabi telah memenangi Anugerah Emas manakala Puteri Alya Sarah Binti Nizarudin dari kelas 3 Al Alusi yang memenangi Anugerah Gangsa. Tahniah di atas pencapaian yang membanggakan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang aktiviti di sana dapat disebarluas kepada rakan-rakan dan komuniti untuk terus memperkasa STEM. InshaaAllah.

#Artikel disumbangkan oleh Cikgu Mawar Husna binti Jasimin