Afiqah Izzati Naib Johan Deklamasi Sajak Prauniversiti Peringkat Kebangsaan

ada 3-5 Oktober 2024 bertempat di Inti Universiti, Nilai, Negeri Sembilan telah berlangsung Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024. SMK Tun Habab yang mewakili Negeri Johor bagi kategori Deklamasi Sajak Prauniversiti telah merangkul kedudukan Naib Johan bagi pertandingan tersebut. 10 kategori dipertandingkan termasuk Bercerita SJKC, SK, Dendangan Syair SK, SM Rendah, SM Atas dan Prauniversiti, serta Deklamasi Sajak SK, SM Rendah, SM Atas dan bagi kategori deklamasi sajak prauniversiti seramai 16 peserta terlibat yang bertanding merebut 5 kedudukan terbaik untuk menerima hadiah pada majlis penutup Karnival Bahasa Melayu. Kemenangan Afiqah Izzati binti Mohammad Zaim daripada kelas 6 Rendah Al Jauzi juga turut menyumbang kepada kemenangan Johor sebagai Johan Keseluruhan Kontinjen Sekolah Menengah Karnival Bahasa Melayu bagi tahun 2024 ini. Semoga kejayaan terus melakar gah nama SMK Tun Habab di pentas kebangsaan.

#Artikel disumbangkan oleh Cikgu Nurashikin binti Ishak