Karnival Inovasi STEM Peringkat Negeri Johor

Pada 2 Oktober 2024 telah berlangsung Karnival STEM Peringkat negeri Johor Di SMK Pengerang Utama. SMK Tun Habab turut menghantar wakil yang terdiri daripada Airil bin Harrison Rizal, Muhammad Quhaffah Raziq bin Mohd Fadzil dan Nur Airin Raisha binti Wahyu Hidayat.

Pada majlis berkenaan, SMK Tun Habab berjaya merangkul anugerah emas bagi kategori kejuruteraan. Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbingnya.