Pertandingan E-Sport : Mobile Legend Bang Bang

Pertandingan E-Sport telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Batu Ampat pada 20 Oktober 2024. Pertandingan bertujuan untuk memilih wakil daerah Kota Tinggi ke peringkat negeri. Keputusan Pertandingan E-Sport Mobile Legend Bang Bang :
1. Tiki Taka Habab – SMK Tun Habab
2. Atsuki.my – SMK Tun Habab
3. Hellas – SMK Tun Habab

Kumpulan Tiki Taka Habab akan mewakili daerah pada bulan November nanti. Pemenang menerima pingat + sijil. Johan akan mewakili daerah Kota Tinggi di peringkat negeri pada bulan November nanti. Moga kumpulan Tiki Taka Habab menang di peringkat negeri dan terus ke peringkat kebangsaan di Putrajaya.

Tahniah dan terima kasih kepada guru penasihat Pertandinagn E-Sport Mobile Legend yang terdiri dari Cikgu Khairul Anuar bin Hasan, Cikgu M Rizal bin Kasmon, Cikgu Khairil Anwar, Cikgu Nurul Nadia binti Ruhani dan Cikgu Anum binti Mahat. 

Pertandingan dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).