Program Kepimpinan Madani : Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual
Pada 16 Disember 2024 telah berlangsung Program kepimpinan Madani : Hentikan Salah Laku Buli dan seksual di Dewan Seri Tun Habab. Program dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan dihadiri oleh Encik Mohd Hairizan bin Tukiran yang memegang tugas sebagai Pegawai PPD Menengah dan Tingkatan 6 dan merupakan pegawai affiliasi SMK Tun Habab.
Encik Mohd Hairizan turut bersama-sama dengan pengetua SMK Tun Habab, Tuan haji Khairuddin bin Mustapha menyambut kehadiran pelajar ke sekolah. Moga program seperti ini dapat mengingatkan para pelajar supaya mengelakkan perkara-perkara salah laku buli dan seksual daripada berlaku di sekolah atau asrama.