Sesi Diskusi Pencapaian PASA Tingkatan 4
Sesi dialog dengan ibu bapa pelajar telah berlangsung pada 14 Januari 2025 di Dewan Tun Sri Lanang, SMK Tun Habab. Perjumpaan dengan ibu bapa ini melibatkan barisan pentadbiran dan guru-guru mata pelajaran bagi membincangkan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PASA) 2024. Taklimat telah diberikan oleh pengetua SMk Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha bersama PK Pentadbiran, Cikgu Saidin bin Rahmad. Hanya pelajar Tingkatan 4 yang terpilih sahaja hadir pada sesi diskusi ini.
Program dianjurkan oleh Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMk Tun Habab.