Majlis Seharum Pertemuan & Segugus Budi Abadi di Hati
Majlis Seharum Pertemuan & Segugus Budi Abadi di Hati En. Ghazali b Shahran dimulakan dengan sesi petang pada 17 Februari 2016. Majlis perpisahan ini telah diadakan pada jam 1.00 petang di Dewan Seri Tun Habab. Dalam ucapan beliau, beliau banyak bercerita tentang kehidupan beliau yang bermula daripada keluarga miskin di Mersing.
Beliau sangat bercita-cita untuk maju dalam akademik untuk mengubah nasib beliau dan keluarganya. Penceritaan beliau ini bertujuan untuk mengingatkan pelajar bahawa untuk berjaya perlu ada usaha dan semangat untuk mencapai matlamat.